Anda Ada Anak 7–17 Tahun?

Kini, Ada Sistem Bina Disiplin Yang Anak Seronok Nak Ikut!

Poket bantu anda bina disiplin anak melalui simulasi pekerjaan di rumah, dengan ganjaran dan akibat yang jelas dalam satu aplikasi.

  • Setup dalam 15 minit.
  • Lihat perubahan seawal hari pertama.
  • Semak hasil anak seminggu sekali.
  • Poket guide langkah demi langkah.
Ilustrasi abang remaja merangkul adik bertudung. Setiap anak boleh pilih kawasan keluarga untuk dijaga.

KENAPA ANAK ZAMAN GADGET PERLUKAN POKET?

Disiplin Mudah Dilatih Dengan Sistem Yang Interaktif, Visual Dan Konsisten.

Anda tak perlu pening bina sistem sendiri. Poket dah sediakan—mudah untuk diikuti, seronok untuk anak jalani.

  • Tak perlu asyik marah benda sama setiap hari.
  • Tak perlu baca buku parenting tebal untuk mula.
  • Tak perlu pantau anak sepanjang masa.
Maskot Poket melompat dengan bubble: Seronok tau guna Poket!

CARA POKET BERFUNGSI

Pengalaman “Bekerja” Di Rumah Jadi Latihan Disiplin Anak.

Anak ada jawatan, komitmen dan gaji yang perlu diusahakan. Sepanjang proses ini, anak berlatih:

  • Pegang janji.
  • Tunaikan tanggungjawab.
  • Terima akibat daripada tindakannya.

Langkah 1

Anda Berhenti Bagi Anak Duit Poket Secara Percuma.

Duit untuk topup game, beli mainan dan keluar berseronok—kini anak perlu usahakan melalui Poket.

  • Anak ada sebab untuk berusaha.Bila ada sesuatu yang dia mahukan, anak ada dorongan untuk usahakan sendiri.
  • Tak perlu tambah bajet baru.Bajet untuk keseronokan anak yang memang dah ada, kini dijadikan gaji melalui Poket.

Makan, sekolah dan keperluan asas anak tetap anda sediakan seperti biasa.

Adam membayangkan controller game dan kasut idaman sambil berfikir: Aku kena usaha ni. Kalau tak, tak dapat.

Langkah 2

Anak Pilih Jawatan Ikut Kawasan Rumah

Poket sediakan 13 pilihan jawatan mengikut kawasan rumah. Anak pilih satu bersama anda.

  • Tanggungjawab jadi jelas.Anak tahu kawasan yang memang dia perlu jaga.
  • “Ini tanggungjawab aku.”Jawatan buat anak rasa dia menjaga sesuatu, bukan sekadar disuruh menolong.
Profil Mak AdamMak Adam

Pilih bersama Adam

Kawasan mana yang dia mahu jaga?

Kami tunjuk jawatan yang sesuai dengan umur. Lepas itu, anak pilih sendiri.

Ruang dalam rumah

9 pilihan
Penjaga Ruang TamuJaga ruang tamu keluarga supaya kemas, bersih dan senang digunakan.
Penjaga Ruang MakanJaga meja dan ruang makan keluarga selepas digunakan.
Penjaga DapurJaga ruang dapur bersama. Kerja memasak dan barang panas tetap kerja Mak Ayah.
Penjaga TandasJaga satu tandas yang Mak Ayah pilih. Bukan semua tandas dalam rumah.
Penjaga Ruang DobiJaga ruang mesin basuh, bakul dan ampaian keluarga.
Penjaga Ruang SolatJaga ruang solat yang digunakan bersama supaya bersih dan tenang.
Penjaga Ruang BermainJaga ruang bermain yang digunakan bersama. Mainan peribadi tetap tanggungjawab pemiliknya.
Penjaga Ruang BelajarJaga ruang belajar yang digunakan bersama. Meja belajar peribadi tidak termasuk.
Penjaga Ruang PetsJaga satu ruang pets keluarga, termasuk makanan, air dan kebersihan tempatnya.

Ruang luar

4 pilihan
Penjaga BalkoniJaga satu balkoni supaya bersih, kering dan selamat.
Penjaga Laman DepanJaga kawasan depan rumah, termasuk pintu masuk, porch dan tempat letak kereta di rumah.
Penjaga Laman BelakangJaga kawasan belakang rumah yang digunakan bersama.
Penjaga KebunJaga kebun keluarga supaya kemas dan pokok terjaga.

Langkah 3

Anak Terima Kontrak Empat Minggu

Anak lihat tanggungjawab, jadual dan gaji sebelum bersetuju.

  • Kerja jadi satu komitmen.Kontrak buat tugas terasa lebih serius, bukan suruhan sekali lalu.
  • Belajar pegang janji.Anak fikir sebelum bersetuju dan teruskan jawatan yang dia sendiri terima.
Profil AdamAdam
Ikon Penjaga Ruang Tamu

Adam, nak kerja ni tak?

Penjaga Ruang Tamu

Jaga ruang tamu keluarga supaya kemas, bersih dan senang digunakan.

Berapa lama?
4 minggu
Setiap minggu
6 hari kerja · 1 hari cuti

Jadual seminggu

Tugas dan hasil untuk setiap hari.

AhadKemas ruang tamu

Apa perlu buat

  • Letak balik barang yang berselerak.
  • Susun kusyen.
  • Sapu lantai.

Sebelum hantar, pastikan:

  • Barang sudah berada di tempatnya.
  • Kusyen tersusun.
  • Lantai tak ada sampah yang jelas.
IsninLap meja dan rak

Apa perlu buat

  • Letak balik barang yang berselerak.
  • Susun kusyen.
  • Lap meja dan rak rendah.
  • Sapu lantai.

Sebelum hantar, pastikan:

  • Meja dan rak tak berhabuk.
  • Kusyen tersusun.
  • Lantai nampak bersih.
SelasaSapu bawah perabot

Apa perlu buat

  • Letak balik barang yang berselerak.
  • Susun kusyen.
  • Sapu lantai.
  • Sapu bawah meja dan sofa yang mudah dicapai.

Sebelum hantar, pastikan:

  • Tak ada barang di lantai.
  • Bawah meja dan sofa tak ada sampah yang jelas.
  • Kusyen tersusun.
RabuSapu dan mop lantai

Apa perlu buat

  • Letak balik barang yang berselerak.
  • Susun kusyen.
  • Sapu lantai.
  • Mop lantai.

Sebelum hantar, pastikan:

  • Barang dan kusyen tersusun.
  • Lantai bersih dan tak melekit.
  • Tak ada air bertakung.
KhamisLap pintu dan suis

Apa perlu buat

  • Letak balik barang yang berselerak.
  • Susun kusyen.
  • Lap tombol pintu dan suis yang Mak Ayah benarkan.
  • Sapu lantai.

Sebelum hantar, pastikan:

  • Tombol dan suis bersih dan kering.
  • Barang dan kusyen tersusun.
  • Lantai nampak bersih.
JumaatKemas ruang tamu

Apa perlu buat

  • Letak balik barang yang berselerak.
  • Susun kusyen.
  • Sapu lantai.

Sebelum hantar, pastikan:

  • Barang sudah berada di tempatnya.
  • Kusyen tersusun.
  • Lantai tak ada sampah yang jelas.
SabtuCutiHari gaji

Tak perlu buat tugas jawatan hari ini. Rehat dulu.

Hati-hati

Jangan alih perabot berat, sentuh wayar rosak atau panjat. Panggil Mak Ayah.

Kalau tak pasti, berhenti dan panggil Mak Ayah.

Gaji dan tempoh

Gaji dikumpul sepanjang minggu. Mak Ayah masukkan gaji ke tabung mulai Sabtu.

Gaji seminggu

RM12

Hari gaji
Sabtu
Tempoh
4 minggu
Rehat
1 hari seminggu

Setiap hari yang Mak Ayah luluskan bernilai RM2.

Hantar satu gambar

Setiap hari kerja, ambil satu gambar selepas siap. Mak Ayah akan semak gambar itu.

Maskot Poket berkata, "Boleh punya!"

Dah baca semua, jom terima kerja ni!

Kalau ada ayat yang awak tak faham, minta Mak Ayah terangkan dulu.

Saya terima kerja ni

Langkah 4

Anak Ikut Jadual & Buat Kerja

Setiap hari, Poket tunjuk tugas berbeza dalam kawasan yang sama.

  • Tahu apa nak buat.Anak boleh tengok sendiri tugas yang perlu dibuat hari itu.
  • Tak perlu ulang arahan.Anda tak perlu ingatkan perkara yang sama setiap hari.
Profil AdamAdam
Balik ke Kerja

Kerja hari ini

Sapu bawah perabot

Penjaga Ruang Tamu

Gaji hari ini · RM2.00
  1. 1Buat
  2. 2Semak
  3. 3Gambar

Jom buat satu-satu

Ikut langkah ini. Bila siap, kita semak hasil.

  1. 1Letak balik barang yang berselerak.
  2. 2Susun kusyen.
  3. 3Sapu lantai.
  4. 4Sapu bawah meja dan sofa yang mudah dicapai.
Dah buat, jom semak

Langkah 5

Anak Hantar Hasil. Anda Semak Setiap Sabtu.

Anak lengkapkan checklist dan hantar gambar selepas siap kerja. Anda semak semua hasil mingguan sekali gus sebelum gaji dikira.

  • Belajar buat dengan cermat.Checklist tunjuk hasil yang perlu dicapai, bukan sekadar asal siap.
  • Tahu apa perlu dibaiki.Semakan anda tunjuk apa yang dah baik dan apa yang masih kurang.
SocialProfil Mak AdamMak Adam

Semak

Semak hasil kerja dan permintaan cuti anak.

1 menunggu keputusan

Profil Adam

Adam

Dihantar 8 September 2026

Kerja jawatan
Ruang tamu Adam yang sudah siap dikemas

Penjaga Ruang Tamu

Selasa, 8 September 2026

Tak ada barang di lantai.
Bawah meja dan sofa tak ada sampah yang jelas.
Kusyen tersusun.

Jika diluluskan, kerja ini dikira dalam gaji. Bayar gaji seperti biasa pada hari gaji.

LuluskanGagalkan
UtamaSemakMenu
UtamaSemakMenu

Langkah 6

Poket Kira Gaji Mingguan

Lepas anda semak dan luluskan hasil mingguan, Poket kira jumlah gaji anak.

  • Kerja siap, baru gaji dikira.Anak nampak gaji datang daripada kerja yang betul-betul disiapkan.
  • Poket kirakan semuanya.Anda tak perlu kira satu per satu atau cuba ingat kerja sepanjang minggu.

Gaji anak-anak

Semak kerja dahulu, kemudian masukkan gaji setiap anak.

Minggu gaji

6–12 September 2026

Gaji Sabtu, 12 September

Profil Adam

Adam

Sedia dibayar
Kerja Tetap diluluskan
RM12
Kerja Sambilan diluluskan
RM0
Jumlah belum dibayar
RM12

Masukkan gaji Adam

Gaji ini akan menambah baki tabung anak dalam Poket. Wang sebenar masih dalam jagaan anda.

Tambah bonus kerja OPTIONAL
Bonus (RM)2.00
Sebab bonusUsaha yang baik
Jumlah dimasukkan
RM14
Masukkan RM14

Langkah 7

Anda Bayar Gaji Setiap Sabtu

Gaji direkodkan dalam tabung digital Poket. Duit sebenar masih anda pegang. Anak boleh tengok baki dan semua rekod keluar masuk.

  • Tanggungjawab dulu, baru hasil.Anak nampak gaji datang selepas hasil mingguan disemak dan diluluskan.
  • Belajar tunggu hari gaji.Anak tak terus dapat apa yang diminta; gaji dibayar pada hari yang tetap.
Profil AdamAdam
RM20RM40RM60RM80
TargetRM100Profil AdamRM50
KerjaTabung
KerjaTabung

Langkah 8

Anak Boleh Minta Cash Daripada Anda

Anak boleh biarkan gajinya terkumpul atau minta cash daripada anda bila perlu. Wang sebenar kekal dalam jagaan anda. Selepas anda beri cash, baki dalam Poket dikemas kini.

  • Nampak kesan setiap pilihan.Baki yang naik dan turun tunjuk kesan setiap keputusan dengan jelas.
  • Belanja sekarang atau simpan.Anak fikir sendiri sebelum memilih nak guna duit atau simpan untuk kemudian.
Profil Adam

Duit masuk & keluar

Tabung Adam

6 September 2026

Ambil duit

Tunai diserahkan oleh Mak Ayah

10:00 pagi

KeluarRM4

5 September 2026

Bonus kerja

Usaha yang baik

10:00 pagi

Masuk+RM2
Gaji Kerja Tetap

Penjaga Ruang Tamu

10:00 pagi

Masuk+RM12

Semua rekod telah dipaparkan.

Balik ke Tabung

SELEPAS EMPAT MINGGU

Satu Kontrak Tamat. Anak Pilih Langkah Seterusnya.

Anak boleh sambung jawatan sama, pilih jawatan lain atau berehat dulu.

Pilih jawatanJalankan kontrakUrus gajiHabis kontrakPilih semula

Jika pilih jawatan baru, anak baca dan terima kontrak baru sebelum mula.

SETIAP KONTRAK, KEMAHIRAN BARU

Disiplin Makin Terbina. Kemahiran Makin Bertambah.

Setiap kontrak beri anak peluang untuk terus latih disiplin. Bila cuba jawatan baru, dia belajar pula kemahiran rumah yang berbeza.

Adam melakukan empat kerja rumah dalam kontrak yang berbeza
Penjaga Ruang Tamu
Penjaga Ruang Dobi
Penjaga Kebun
Penjaga Tandas
Kita biasa je upah anak, tapi bagi jawatan tetap, siap kontrak, jadual & manual kerja, sangat berkesan & inovatif!

BILA ANAK ABAIKAN TUGAS

Anda Boleh Tegas Tanpa Perlu Marah.

Anda boleh beri dua Amaran Kerja melalui Poket. Jika anak masih abaikan tugas, dia kena pecat dan wajib tunggu 14 hari sebelum mohon kerja semula.

  • Tak perlu cipta hukuman ketika marah.Langkahnya sudah jelas.
  • Senang terangkan keputusan.Sebab dan amaran semuanya direkod.
  • Tak perlu bebel panjang.Bila kena pecat, gaji terhenti sementara.

Amaran kerja

1 daripada 2 amaran

  1. Mula
  2. Profil AdamAmaran 1Awak di sini
  3. 2Amaran 2
  4. Tamat kerja

Awak masih boleh baiki cara kerja. Baca pesan Mak Ayah dan cuba lagi.

'PEDIH' TANPA PERLU ROTAN

Disiplinkan Anak, Bukan Setakat Dalam Kerja.

Untuk kesalahan serius selain kerja dalam Poket, anda boleh hantar Surat Saman. Lepas berbincang, anak bayar guna gaji yang dia sendiri usahakan.

  • Akibatnya lebih terasa.Sebahagian gaji yang dia kumpul kena guna untuk bayar Saman.
  • Tak perlu marah berkali-kali.Anak nampak kesalahan dan jumlah Saman dengan jelas.
  • Masih boleh bincang.Anda boleh tarik balik Saman kalau tersilap.
SURAT SAMANNO. 001
Profil Adam
Kepada

Adam

JumlahRM1.50Belum dibayar

Kesalahan yang dicatat

Tak solat 5 waktu

3% daripada RM50.00

Bayar Saman · RM1.50
Dari bagi duit entertainment tu free-free je, dengan Poket, anak kena usahakan dengan cara yg fun. Depa siap dapat Kad Pekerja lagi tu! 😅

FAHAM REALITI ORANG DEWASA

Bila Gaji Tetap Tak Cukup, Anak Belajar Cari Kerja Sambilan.

Dalam Poket, anda boleh post Kerja Sambilan lengkap dengan checklist, upah dan tarikh siap. Anak pilih sendiri nak terima atau tidak.

  • Faham beza kerja tetap dan kerja sambilan.Satu komitmen utama, satu lagi peluang untuk dapat duit tambahan.
  • Belajar bertindak bila peluang muncul.Kalau lambat, kerja itu mungkin diambil adik-beradik lain.
  • Belajar ukur kemampuan sendiri.Anak kena fikir sama ada sempat buat tanpa abaikan jawatan tetap.

Kenali kerja ini

Kemas stor

Lebih kurang 30 minit

Upah jika lulus

RM8.00

Siap sebelum Ahad

Apa yang perlu dibuat?

  • Susun barang kecil di rak rendah.
  • Asingkan barang yang Mak Ayah pilih.
  • Sapu lantai stor.

Awak nak cuba? Pilih satu kerja pada satu masa.

Terima kerjaTak nak

BILA ANAK PERLU REHAT

Anak Belajar Minta Cuti, Bukan Abaikan Tugas.

Dalam Poket, anak pilih hari yang nak cuti, tulis sebab dan hantar permintaan cuti sendiri kepada anda.

  • Belajar beritahu lebih awal.Anak beri sebab yang jelas, bukan biarkan tugas hari itu tak siap.
  • Faham maksud cuti tanpa gaji.Jika diluluskan, dia tak perlu buat kerja Poket hari itu—tetapi gajinya juga tak dapat.
  • Keputusan tetap pada anda.Anda boleh luluskan atau reject selepas baca sebab anak.
  1. Hari
  2. Sebab
  3. 3Semak

Hantar kepada Mak Ayah?

Esok · Rabu, 9 SepPenjaga Ruang Tamu
Sebab awak

Saya ada latihan bola sekolah.

Kalau Mak Ayah luluskan:

Awak tak perlu buat kerja hari itu.

Gaji RM2.00 untuk hari itu tak dapat.

Hari kerja itu tak diganti.
Ya, hantar

BILA HASIL USAHA JADI KENANGAN

Gaji Bukan Lagi Sekadar Nombor Dalam Skrin.

Bila anak guna gaji yang dia sendiri usahakan untuk beli sesuatu atau belanja keluarga makan, dia atau anda boleh upload gambar dan simpan ceritanya dalam album Kenangan Poket.

  • Usaha terasa berbaloi.Anak nampak gaji yang dikumpul berubah menjadi sesuatu yang dia benar-benar hargai.
  • Bukan barang saja.Mainan, buku atau momen belanja keluarga makan semuanya boleh disimpan.
  • Jadi cerita keluarga.Gambar, caption dan tarikh kekal dalam satu album untuk dilihat semula bersama.

Album Adik

Beli dengan duit sendiri!

1 kenangan
Adik Adam tersenyum sambil memegang rumah mini yang dibeli dengan duit gajinya sendiri

Adik kumpul gaji sendiri sampai cukup beli rumah mini yang dia nak. Senyum sampai telinga!

Oleh Mak Ayah

ANUGERAH PEKERJA TERBAIK

Biar Anak Nampak Usahanya Diperhatikan.

Setiap bulan, anda boleh pilih seorang Pekerja Terbaik, tulis sebab yang jelas dan tambah bonus jika mahu. Anak boleh lihat semula anugerah itu dalam Galeri Pekerja Terbaik.

  • Pujian lebih bermakna.Anak baca sebab khusus dia dipilih, bukan sekadar dengar “pandai” atau “bagus”.
  • Raikan usaha, bukan hasil saja.Anda boleh hargai ketekunan, perubahan atau sikap baik yang benar-benar diperhatikan.
  • Tiada ranking adik-beradik.Tiada tempat kedua atau ketiga. Jumlah kerja cuma rujukan, bukan penentu automatik.
PAPARAN ANAK
Pekerja Terbaik

September 2026

Tahniah!

Adam

Kemenangan pertama

Kenapa Ummi Papa pilih

Awak terus mencuba sampai ruang tamu tersusun kemas. Ummi Papa nampak usaha awak bulan ini.

12 kerja diluluskanTermasuk 1 Kerja SambilanBonus RM5
Bukan anak je excited, sekali dengan mak bapak pun asyik buka Poket. Nak tengok hasil kerja anak. Feeling macam big boss. 🤣

BUKAN SEKADAR TENTANG DUIT

Satu Sistem Mudah. Latih 30 Nilai & Kemahiran Untuk Masa Depan Anak Anda.

Daripada jaga tanggungjawab sampai urus duit dan buat keputusan, anak belajar semuanya melalui pengalaman yang dia sendiri lalui.

  • Bila anak pegang satu Jawatan Tetap:

    1. 01Dia belajar tanggungjawab.
    2. 02Dia belajar berdisiplin.
    3. 03Dia belajar mengurus masa.
    4. 04Dia belajar berdikari.
  • Bila anak hantar hasil kerja untuk disemak:

    1. 05Dia belajar berlaku jujur.
    2. 06Dia belajar lebih teliti.
    3. 07Dia belajar menerima teguran.
    4. 08Dia belajar menyelesaikan masalah.
  • Bila anda bayar gaji dan beri penghargaan:

    1. 09Dia belajar menghargai usaha.
    2. 10Dia belajar menghargai pemberian.
    3. 11Dia belajar yakin pada diri.
  • Bila anak ambil Kerja Sambilan:

    1. 12Dia belajar mengambil inisiatif.
    2. 13Dia belajar mengenal kemampuan diri.
    3. 14Dia belajar menepati janji.
  • Bila duit masuk dan keluar direkod dalam Poket:

    1. 15Dia belajar memahami aliran duit.
    2. 16Dia belajar berbelanja ikut kemampuan.
    3. 17Dia belajar membezakan perlu dan mahu.
  • Bila anak simpan ikut target dalam Tabung:

    1. 18Dia belajar sabar menunggu.
    2. 19Dia belajar menetapkan matlamat.
    3. 20Dia belajar merancang langkah kecil.
    4. 21Dia belajar menyesuaikan rancangan.
  • Bila anda beri Amaran Kerja:

    1. 22Dia belajar memahami akibat.
    2. 23Dia belajar bermuhasabah.
    3. 24Dia belajar bangkit semula.
  • Bila anak terima Surat Saman:

    1. 25Dia belajar menghormati peraturan.
    2. 26Dia belajar memahami hak dan keadilan.
  • Bila anak urus duit melalui profil sendiri:

    1. 27Dia belajar berfikir secara kritis.
    2. 28Dia belajar ada pendirian sendiri.
    3. 29Dia belajar berkongsi dengan ikhlas.
    4. 30Dia belajar menjaga privasi dan keselamatan.
Adam dan adiknya duduk bersama sambil melihat Poket di telefon

TIDAK LAGI HANYA BUAT HAL SENDIRI

Keluarga Anda Ada Aktiviti Baru Untuk Dinantikan Bersama.

Daripada pilih jawatan sampai raikan hari gaji, Poket cipta momen untuk anda dan anak duduk, berbual dan buat keputusan bersama.

Anak zaman gajet ni, nasihat je dah tak cukup. Berbuih dah mulut. Poket ni ajar anak thru pengalaman praktikal sendiri. Sangat efektif.

FLEKSIBEL IKUT CARA KELUARGA ANDA

Tak Perlu Download. Terus Buka Macam App.

Poket ialah web app (PWA) yang boleh digunakan pada pelbagai peranti. Anak boleh guna telefon masing-masing, kongsi satu tablet, atau buka melalui telefon anda.

  • Boleh guna pada banyak peranti.Anda tentukan peranti yang sesuai untuk setiap anak.
  • Setiap anak ada profil sendiri.Mudah bertukar profil walaupun berkongsi peranti.
  • Profil terasa milik sendiri.Anak boleh pilih avatar kuih comel untuk profil masing-masing.

Pelan Biasa

Akses 12 bulan untuk seluruh keluarga.

RM152 setahun.

Hari Ini Ada

TAWARAN KHAS PELANCARAN

Bayar RM97 Sekali. Akses Seumur Hidup Untuk Seluruh Keluarga.

  • Tiada bayaran bulanan atau tahunan.
  • Tanpa had jumlah anak sendiri.
  • Tanpa had jumlah peranti.
  • Akses guna laptop, tablet atau phone.
  • Akses semua fungsi keluarga Poket.
  • Jika Poket ada fungsi baru nanti, anda dapat percuma saja.

Masukkan Nombor Telefon Untuk Lock Offer Ini.

Bayar bila-bila masa.

Kami takkan hubungi anda untuk promosi.

Terma penggunaan (tab baharu)Notis privasi (tab baharu)

SOALAN ANDA

Yang anda selalu fikirkan.

Anak nanti hanya mahu bantu kalau dibayar?

Tak. Poket bezakan Jawatan berbayar daripada tanggungjawab biasa.

  • Setiap anak hanya boleh pegang satu Jawatan berbayar pada satu masa.
  • Jaga diri, kerja sekolah, kemas barang sendiri dan bantu keluarga kekal tanggungjawab biasa—tanpa bayaran.
Boleh buat sistem ini tanpa Poket?

Boleh, tetapi pengalaman dan keberkesanannya mungkin tak sama. Tanpa Poket, anda perlu bina dan urus keseluruhan sistem dari awal.

  • Sediakan tugas, kontrak, jadual, peraturan dan cara semakan sendiri.
  • Catat kerja yang siap, kira gaji, rekod duit dan pantau simpanan setiap minggu.
  • Poket satukan semua langkah itu dalam pengalaman visual dan interaktif yang lebih dekat dengan cara anak zaman gajet belajar dan kekal terlibat.
Kalau anak tak mahu atau cepat bosan?

Mulakan dengan komitmen kecil yang anak mampu buat, kemudian kekalkan rutinnya. Anak tak perlu sentiasa bersemangat untuk belajar bertanggungjawab.

  • Pilih Jawatan bersama anak dan pastikan tugasnya sesuai dengan umur serta kemampuan.
  • Selepas anak terima kontrak, jadual tetap berjalan walaupun dia kurang mood pada hari tertentu.
  • Anda boleh bimbing dan bincang puncanya. Jika ada sebab yang munasabah, anak boleh hantar permintaan cuti.
Anak perlu telefon sendiri?

Tak perlu. Satu telefon keluarga pun cukup.

  • Setiap orang buka profil sendiri dengan PIN 6 digit masing-masing.
  • Jika anak guna telefon atau tablet lain, anda boleh sambungkannya melalui Menu → Peranti.
Boleh download Poket dari Play Store atau App Store?

Poket tak perlu dimuat turun dari app store. Ia ialah Progressive Web App (PWA) yang boleh terus digunakan melalui browser.

  • Tambah Poket ke skrin utama sekali sahaja. Selepas itu, ia boleh dibuka dalam paparan penuh seperti app biasa.
  • Tak perlu muat turun fail besar atau pasang kemas kini secara manual.
  • Akaun yang sama boleh dibuka melalui browser pada telefon, tablet atau komputer.
Poket pegang duit sebenar anak?

Tak. Poket bukan bank atau e-wallet.

  • Wang sebenar kekal dalam jagaan anda; Poket hanya menyimpan rekod.
  • Yuran Poket tidak termasuk gaji, bonus atau duit anak.
Apa jadi semasa cuti atau selepas pelan tahunan tamat?

Rekod dan duit yang anak dah dapat tidak hilang.

  • Mode Cuti: Kerja berhenti sementara dan sambung semula pada tarikh yang anda pilih.
  • Cuti anak: Anak boleh minta cuti tanpa gaji untuk satu hari kerja. Anda baca sebab, kemudian luluskan atau tidak luluskan dengan sebab yang jelas.
  • Pelan tahunan tamat: Anda masih boleh lihat rekod keluarga dan selesaikan baki anak. Sambung pelan sebelum mencipta atau mengubah kerja.
  • Akses seumur hidup: Tiada pembaharuan tahunan diperlukan.
Macam mana Poket jaga hak anak?

Poket letakkan guardrail supaya sistem kerja di rumah kekal adil dan jelas.

  • Keperluan asas, sekolah dan kesihatan kekal tanggungjawab anda.
  • Gaji yang anak dah dapat kekal miliknya.
  • Tiada ranking adik-beradik. Duit, Tabung, kerja dan PIN setiap anak kekal peribadi.
  • Pecat hanya dibuka selepas Amaran 1, peluang untuk baiki kerja dan Amaran 2.
  • Saman bukan untuk kerja tak kemas. Anda perlu jelaskan sebab tanpa memalukan anak.
  • Poket hanya merekod duit. Wang sebenar kekal dalam jagaan anda.
Rutin family jadi lagi seronok sebenarnya. Ada benda baru yang sama-sama buat, lari dari kebiasaan yang dah bertahun-tahun sama je.

BANTUAN DARIPADA TEAM POKET

Ada soalan? Team Poket sedia bantu.

Isi borang ringkas dan Team Poket akan reply melalui email.

Hubungi Team Poket

Tak perlu call · Hantar mesej bila-bila masa

Pegawai khidmat pelanggan Team Poket bertudung sedang membaca dan reply mesej melalui laptop.